Monday, October 19, 2009

100% Tanpa Alkohol! Tanpa was-was! Betul ke?

Ini adalah petikan daripada salah satu iklan minyak wangi yang baru-baru ini sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia;

"- Produk muslim
- 100% pati minyak wangi yang halal,
- Dirumus dari bahan yang suci dan bersih

- ALCOHOL FREE boleh digunakan tanpa was-was
- HARGA MURAH,saiz botol 2 kali ganda lebih besar berbanding keluaran myk wangi lain...
- Terdapat pelbagai pilihan wangian setaraf jenama2 terkenal..."

Jadi... apa masalahnya? Masalahnya ialah, alkohol dalam minyak wangi tidak ada kaitannya dengan arak. Ini bermaksud
minyak wangi beralkohol;
i) adalah HARUS digunakan,
ii) TIDAK HARAM disentuh,
iii) BOLEH DIGUNAKAN untuk BERSEMBAHYANG (dengan syarat, bahan-bahan lain yang digunakan dalam pati minyak wangi itu bukan berasaskan babi, bangkai atau bahan-bahan lain yang diharamkan Islam)

Itulah... marah sungguh saya setiap kali melihat iklan yang mewar-warkan 100% tanpa alkohol boleh digunakan tanpa was-was. Sebabnya mudah, tidak salah menggunakan minyak wangi beralkohol walaupun untuk dibawa bersembahyang.

Lebih lanjut lagi...

Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut mengapa minyak wangi beralkohol HARUS digunakan bersembahyang, mari kita fahamkan dahulu apa itu ALKOHOL:
i)
Alkohol ialah sebatian organik yang mempunyai kumpulan hydroxyl (-OH) yang terikat dengan karbon pada kumpulan alkyl (CnH2n+1). Alkohol = (CnH2n+1) + (OH)
ii) Terdapat beratus-ratus jenis alkohol yang mana ia bergantung kepada jumlah karbon yang terdapat pada setiap satu rantaian sebatian tersebut dan cara rantaian tersebut bergabung antara satu sama lain contohnya:
- Metanol = C1H3OH
- Etanol = C2H5OH
- Propanol = C3H7OH
- Butanol = C4H9OH; Pentanol, Octanol....etc.
iii) Yang memabukkan di dalam arak ialah ETANOL iaitu salah satu jenis daripada kumpulan alkohol.
iv) Satu lagi fakta penting ialah SEMUA alkohol adalah RACUN, yang mana akan menyebabkan kematian jika diambil; KECUALI ETANOL; yang mana akan memabukkan jika diambil dalam kuantiti yang kecil.
v) ETANOL pula boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Ingat, kebanyakan arak cuma mengandungi 6% hingga 35% etanol. Lebih banyak dari itu, kematian atau kecacatan kekal saraf atau organ lain boleh berlaku!

Lihat link wikipedia berikut untuk penjelasan lanjut tentang alkohol (alkohol)

Seterusnya:
i)
Arak BUKANLAH NAJIS. Etanol juga bukanlah najis. Tidak perlu samak atau istinjak jika tersentuh arak atau tersentuh alkohol lain.
ii)
Yang diharamkan oleh Islam ialah MEMINUM arak, kerana arak memabukkan; bukannya alkohol.
iii) Alkohol dalam minyak wangi TIDAK MEMABUKKAN. Sebab? Kita tidak minum minyak wangi.

Anda 'cuma' akan MATI jika meminumnya. Minyak wangi tanpa alkohol pun, tidak ada siapa yang minum. Jadi apa masalahnya menggunakan minyak wangi beralkohol?

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11-14 April 1984 di Ipoh telah menegaskan bahawa "ubat-ubatan dan minyak wangi yang mengadungi alkohol hukumnya harus dan dimaafkan". Begitu juga Majlis Fatwa Al-Azhar.

Pemahaman yang mengatakan alkohol adalah haram, tidak boleh disentuh, najis, adalah TIDAK BENAR sama sekali, dan sangat menyimpang dari kebenaran.

Jadi, jika anda jumpa iklan-iklan seumpama itu, bencilah ia... kerana ia seolah-olah mempersendakan agama, menjual agama dan menyimpang jauh dari kebenaran.

No comments:

Post a Comment